Monday, May 25, 2009
Taklimat Kesihatan
Satu taklimat mengenai penjagaan kesihatan dan sihat sepanjang hayat telah diadakan kepada Guru-Guru Besar Daerah Kinta Utara semasa Konvensyen Pendidikan Daerah Kinta Utara di Hotel Sri Malaysia Sungai Petani. Taklimat menyentuh tentang data-data penyakit kronik di Malaysia, kaedah penjagaan kesihatan dan apa yang patut kita tahu tentang kesihatan diri. Taklimat selama sejam yang disampaikan oleh Dr Saparudin itu telah mendapat respon yang sangat menggalakkan dari semua peserta konvensyen. Ramai Guru Besar bercadang untuk mengadakan sesi taklimat yang sama untuk staf sekolah mereka dengan harapan meningkatkan produktiviti mereka. Semoga dengan perkongsian maklumat ini akan berjaya meningkatkan tahap kesihatan seluruh warga pendidik di Daerah Kinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment