Tuesday, August 26, 2014
Sunday, August 14, 2011
Pesakit Dari Indonesia
Bapak Khalid tersenyum semasa dibekam. |
Tapak kaki Bapak Sahimi yang sakit semasa di bekam |
BapakKalid dan Bapak Sahimi berangkat pulang tersenyum puas , sihat dan gembira selepas sahaja dibekam |
Tuesday, February 22, 2011
Bekam Muka Resdung & Jerawat
Pelajar Universiti ini menghidapi resdung dan jerawat. Banyak darah bertoksik dikeluarkan dengan bekam. Hasilnya jerawat beransur hilang dan mendapat kelegaan dari resdung.
Gambar-Gambar Sesi Rawatan Bekam
Pakcik ini mula datang mendapat rawatan dipapah oleh anaknya kerana strok. Selepas bekam beliau mampu berjalan sendiri dengan tongkat. Setelah tiga kali bekam beliau mengaku badannya rasa ringan dan boleh berjalan laju tanpa tongkat . Alhamdulillah. Semoga pakcik pulih sepenuhnya berkat amalan sunnah bekam ini.
Monday, May 25, 2009
Taklimat Kesihatan
Satu taklimat mengenai penjagaan kesihatan dan sihat sepanjang hayat telah diadakan kepada Guru-Guru Besar Daerah Kinta Utara semasa Konvensyen Pendidikan Daerah Kinta Utara di Hotel Sri Malaysia Sungai Petani. Taklimat menyentuh tentang data-data penyakit kronik di Malaysia, kaedah penjagaan kesihatan dan apa yang patut kita tahu tentang kesihatan diri. Taklimat selama sejam yang disampaikan oleh Dr Saparudin itu telah mendapat respon yang sangat menggalakkan dari semua peserta konvensyen. Ramai Guru Besar bercadang untuk mengadakan sesi taklimat yang sama untuk staf sekolah mereka dengan harapan meningkatkan produktiviti mereka. Semoga dengan perkongsian maklumat ini akan berjaya meningkatkan tahap kesihatan seluruh warga pendidik di Daerah Kinta.
Thursday, May 21, 2009
Testimoni
1. Pakcik Ahmad 80 tahun dari Kg Manjoi , Ipoh. Masaalah : Lebih 5 tahun mata kabur terus tak nampak. Selepas sekali bekam terus mata terang dan boleh membaca. Isteri beliau sakit bahu, tak boleh angkat tangan kanan. Selepas bekam terus boleh mengait buah pinang.
2. Makcik Aminah 82 tahun dari Serdang Jaya , KL. Lumpuh dan lemah badan. Lebih 5 tahun terbaring di atas tilam. Selepas bekam seluruh badan terasa ringan. Bangun tidur besok pagi terus boleh berjalan keliling rumah.
3. Doktor pakar 52 tahun dari Hospital Pakar mengadu sakit semua sendi. Pemeriksaan perubatan pakar mendapati beliau tidak menghidapi sebarang penyakit. Setelah dibekam semua sendi, beliau terus lega dari sakit sendi. Sendi ibu jari kaki kanan beliau juga sakit dan tak boleh bengkok. Selepas dibekam, jari tersebut terus boleh dibengkokkan. Sebulan kemudian beliau mengalami sakit pinggang selepas mengangkat kayu pokok tumbang di kebunnya. Beliau tidak mahu mengambil ubat tahan sakit sebaliknya ia berbekam dipinggang. Selepas bekam sakit pinggang beliau terus hilang. Anak sulung beliau seorang jurutera menghidap migrain bertahun-tahun. Setelah sekali bekam di kepala dia tidak lagi migrain.

Subscribe to:
Posts (Atom)